Selamat Datang ke portal rasmi SK Taman Selasih!

LATAR BELAKANG SK TAMAN SELASIH

    Sekolah Kebangsaan Taman Selasih (S.K.T.S) telah didirikan pada tahun 1988 oleh KPM. Sekolah ini didirikan dengan dua blok bangunan setinggi tiga tingkat . Satu blok A dan satu blok B.

    Di blok A ada lapan bilik darjah, bilik guru, surau, stor, bilik komputer, rawatan dan
bilik kaunseling, bilik muzik serta dua bilik segar guru lelaki dan perempuan, dua tandas murid perempuan dan lelaki. Di blok B ada lapan bilik darjah, bilik PSS, bilik tayang, bilik lukisan, bilik segar lelaki dan bilik kemahiran hidup.
    
    Di blok D ada empat bilik darjah bangunan pasang siap. Bangunan ini dibina dan disiapkan untuk beroperasi pada tahun 1993. Selain daripada kemudahan bangunan, sekolah ini juga menyediakan padang permainan, gelanggang bola tampar dan gelanggang serbaguna bagi kemudahan sukan dan permainan.

    Sekolah Kebangsaan Taman Selasih kini merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kelengkapan makmal Sains, Taman Hidroponik, bilik Teknopen, bilik SAC, bilik Pra Sekolah, bilik ABM dan stor sukan.Sekolah ini dibuka untuk sidang akademik yang pertama pada 1 Disember 1990. 

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah melantik seorang Guru Besar ke sekolah ini pada 2 November 1990 iaitu Encik Ismail bin Hj. Sali. Murid-murid yang datang ke sekolah ini kebanyakkanya murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Gombak yang jaraknya 2 km . Murid tersebut datangnya dari taman dan kampung setinggan yang berhampiran Taman Selasih Fasa 2 dan Kampung Gombak Jaya. Pada mulanya, hanya 29 kelas sahaja dibuka. 
    
    Pada awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Taman Selasih seramai 46 orang guru dan 1224 orang murid (mengikut maklumat pendidikan 30 Jun 1991). Pecahan kelas pada tahun 1990-1991: Darjah 1 - 11 kelas, Darjah 2 - 5 kelas, Darjah 3 - 4 kelas, Darjah 4 - 4, kelasDarjah 5 - 3 kelas, dan Darjah 6 - 2 kelas. 

    Kini , Sekolah Kebangsaan Taman Selasih dalam meniti usianya dapat berbangga kerana duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain samada dalam bidang akademik dan kokurikulum khususnya di Daerah Gombak . Sekolah terus maju dan bangga dengankeputusan yang memberangsangkan dari masa kemasa. 

    Dari data tahun 2018 bilangan murid sekolah ini 1230 orang , prasekolah 100 orang dengan bilangan guru 83 orang staf sokongan 8 orang, dalam persekolahan satu sesi sahaja. Banyak kejayaan telah di tempah antaranya, Bola Baling—sekurang-kurang 2 orang murid telah mewakili daerah, Memanah - seorang murid mewakili daerah, dikir barat bahasa arab mewakili daerah dan tulisan khat jawi Johan Kebangsaan. 

    Kejayaan ini merupakan petanda bahawa SK Taman Selasih mampu maju kehadapan untuk terus cemerlang. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SELASIH SEJARAH SKTS.


Tags

#buttons=(Accept) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top