Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita semua warga Malaysia amnya dan warga SK Taman Selasih khususnya dapat kembali ke sekolah untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.
Pada 15 Julai 2020 nanti, sekolah akan menerima kehadiran murid-murid tahun 5 dan 6 manakala bermula 22 Julai 2020, semua murid akan kembali ke sekolah mengikut norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia((KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara(MKN).
Justeru itu,pihak sekolah giat berusaha memastikan pembukaan semula sekolah pasca covid-19 nanti mengikut Standard Of Procedure yang telah digariskan. Bagi usaha itu,pihak sekolah telah membuat simulasi kedatangan murid bermula dari masuk pagar sekolah, di dalam kelas dan waktu pulang murid. Simulasi(video) tersebut boleh ditonton pada pautan berikut :
Semoga semua murid dapat memahami dan mengikut SOP kehadiran ke sekolah dengan betul dan berdisiplin.
#Staysafe
#kitajagakita