Selamat Datang ke portal rasmi SK Taman Selasih!

PKPB Dilanjutkan : PDPR Diteruskan SEKASEH

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Diharapkan semua warga SEKASEH khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bagi Negeri Selangor adalah dilanjutkan bagi fasa 2 iaitu bermula 27 Oktober sehingga 09 November 2020, justeru itu,adalah diingatkan kepada semua murid SK Taman Selasih dan juga penjaga agar meningkatkan keselamatan diri dan keluarga daripada wabak Covid19 ini.

Walaupun demikian, sukacita diingatkan agar murid-murid terus belajar dan mengikut semua Pengajaran dan pembelajaran di rumah(PDPR) yang dilaksanakan oleh guru masing-masing berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Komitmen guru-guru SEKASEH yang tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak harus dipuji dan begitu juga murid-murid yang melibatkan diri dalam setiap PDPR yang dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran.


Semoga wabak covid19 ini akan hilang dan sekolah dapat dibuka kembali bagi meneruskan aktiviti PDPC seperti sediakala..sama-samalah kita berdoa dan memohon pada Allah.


#buttons=(Accept) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top