Selamat Datang ke portal rasmi SK Taman Selasih!

Tahniah Adik Izzatul Humaira : Naib Johan Khat Siber Kebangsaan 2020

 




Alhamdulillah, warga SK Taman Selasih mengucapkan sekalung tahniah kepada adik Nur Izzatul Humaira Binti Norshaharizal di atas pencapaian merangkul tempat ke-2 dalam acara khat siber peringkat kebangsaan dalam pertandingan MAHRAJAN ADNI sekolah sekolah KPM peringkat kebangsaan tahun 2020 secara dalam talian.Sekalung penghargaan juga dititipkan buat Ustaz Norshaharizal dan Ustazah Siti Hajar selaku jurulatih adik Izzatul.


Keputusan tersebut telah diumumkan dalam Majlis Bicara Wahyu KPM siri ke 10/20 pada pagi tadi, Jumaat 27 November 2020.

Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat buat adik Izzatul untuk lebih maju ke hadapan pada masa akan datang dan mengharumkan nama Ibubapa dan sekolah.

Video pengumuman keputusan boleh ditonton [disini]

Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian adik Izzatul, manakala guru besar SK Taman Selasih menukilkan kata-kata berikut buat semua warga SEKASEH :


Alhamdulillah...

📌Terima kasih kepada semua warga SEKASEH

Sejujurnya kejayaan bukan datang dengan mudah TETAPI berkat kerahan usaha dan tenaga daripada semua

📌Terima kasih daripada saya kepada warga SEKASEH yang bertungkus lumus menjayakan semua program walaupun 2020 memberikan kita pengalaman baharu kepada usaha dan kerja buat kita

📌InshaAllah berkat kerja buat cikgu hasil dan tuaian yg kita dapat diberkati olehNya

Yang lemah dan buruk adalh kekhilafan saya dan yang baik adalah dariNYA

📌Terima kasih Ustazah Siti Hajar dan suami serta Adik Izzatul Humaira kerana berkat usaha memberikan impak kejayaan kepada SK TAMAN SELASIH

Syukran dan terima kasih semua- Pn.Rozana Bt A.Razak(Guru Besar SK Taman Selasih)

Berikut adalah gambar-gambar sekitar proses rakaman yang dijalankan oleh pihak JPN Selangor.






Hasil khat adik Izzatul Humaira



TAHNIAH DAN SYABAS!

SEKASEH GEMILANG



#buttons=(Accept) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top