Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Makluman kepada para ibu bapa, penjaga SK TAMAN SELASIH dan murid-murid berkaitan Buku- Teks SPBT
Info SPBT📚
Pemulangan dan penerimaan buku teks tahun 1 hingga tahun 6 2020/2021 akan dibuat pada pada 25.1.2021 hingga 2.2.2021. Jadual penghantaran dan penerimaan buku teks akan dilampirkan. Sila patuh kepada jadual yang diberikan supaya mengelakkan dari kesesakan.Mohon kerjasama ibu bapa patuh dengan tindakan di bawah.
📚 Semua ibu bapa dan murid hendaklah memastikan semua buku teks berada dalam keadaan baik dan terjaga
📚Jika ada buku teks yang BELUM DIBALUT, sila balut dengan kemas.
📚Pastikan buku dihantar dengan bilangan yang mencukupi.
📚Pastikan borang senarai semak lengkap diisi semasa pemulangan buku dan diletakkan dalam ikatan buku semasa penghantaran buku.
📚Pastikan buku teks tahun 1,2 dan 3 diikat secara berasingan dengan buku aktiviti. Satu ikatan untuk buku teks dan satu ikatan untuk buku aktiviti.
📚Sebarang kehilangan buku, hendaklah diganti dengan BUKU BAHARU (boleh beli sendiri di kedai)
📚 Buku teks kegunaan 2021 hanya akan diberi kepada murid yg telah selesai memulangkan buku teks yang lengkap sahaja.
✏️ Sila patuh kepada SOP yang telah ditetapkan semasa pemulangan dan penerimaan buku teks.
📚🌹 "BUKU KITA, TANGGUNGJAWAB KITA" . Ambil dalam keadaan baik, pulang dengan baik.
Sekian, terima kasih