Selamat Datang ke portal rasmi SK Taman Selasih!

Panduan Pembukaan Sekolah Bermula 8 Mac 2021 | SK Taman Selasih

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Pembukaan sekolah bagi murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 akan bermula pada 1.3.2021 (Isnin) dan bagi murid tahun 3-6 bermula pada 8.1.2021( Isnin).

📝📝Berikut panduan dan peringatan kepada semua ibubapa dan penjaga murid SK Taman Selasih....

☑️Murid  perlu hadir mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

☑️Murid dibenarkan masuk menggunakan pintu pagar B dan pintu pagar C SAHAJA.

☑️ Kehadiran murid ke sekolah adalah wajib.

☑️Murid perlu Patuh pada SOP yang telah ditetapkan apabila berada dalam kawasan sekolah.

☑️Guru akan mengambil suhu murid apabila murid masuk ke dalam kawasan sekolah.

☑️ Sekiranya  suhu badan murid  melebihi 37.5°c murid tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah. Ibu bapa juga harus memastikan anak-anak yang mengalami demam (mild fever ke bawah) selsema dan batuk walaupun baru diperingkat permulaan mohon tidak menghantar anak ke sekolah. Sekiranya anak mempunyai  gejala, pihak sekolah akan menempatkan anak di bilik isolasi sehingga dijemput oleh penjaga.Ibubapa dikehendaki mengambil anak untuk dibawa pulang dengan segera.

☑️Semua murid DIWAJIBKAN  memakai pelitup muka yang bersesuaian.

☑️Ibu bapa TIDAK DIBENARKAN masuk dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak.

☑️Murid digalakkan untuk membawa..

🌈 Hand sanitizer

🌈 Tisu basah untuk mengelap meja selepas makan dan sebelum pulang, 

🌈Sapu tangan kecil

🌈Tisu

🌈Murid digalakkan membawa sudu plastik untuk makan semasa rehat

☑️Ibubapa dan penjaga diingatkan supaya mengambil anak waktu balik mengikut waktu yang ditetapkan supaya tidak berlaku kesesakan kelewatan mengambil anak.


Terima kasih.

Guru besar
SK Taman Selasih





#buttons=(Accept) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top