Assalamualaikum dan salam sejahtera
Keputusan penempatan Tahun 1/2022 akan dipaparkan dalam sistem Permohonan Tahun 1 Online Ogos ini. Oleh yang demikian proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:
TINDAKAN IBU BAPA
1. PERAKUAN PENEMPATAN
✅Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online. https://public.moe.gov.my
✅Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
✅Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
2. PERMOHONAN RAYUAN
✅ Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan tiada proses RAYUAN MANUAL.
✅ Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
✅ Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
✅ Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Sekian,terima kasih.💐