Selamat Datang ke portal rasmi SK Taman Selasih!

Tahniah Pemenang-Pemenang Pertandingan ADNI 2022 Daerah Gombak

Alhamdulillah, warga SK Taman Selasih mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang di atas pencapaian dalam Pertandingan ADNI 2022 Daerah Gombak. Sekalung penghargaan juga dititipkan buat guru-guru yang melatih para pelajar SEKASEH sehingga mendapat tempat dalam pertandingan ini. 

Keputusan tersebut telah diumumkan melalui LIVE di youtube pada tarikh 3 Jun 2022 (Jumaat) pada pukul 3 petang. 

Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat buat adik-adik yang lain untuk lebih maju ke hadapan pada masa akan datang dan mengharumkan nama Ibubapa dan sekolah.

Video pengumuman keputusan boleh ditonton [disini]

Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian para-para pemenang. Berikut merupakan nama-nama pemenang bersama kataegori yang dimenangi pelajar-pelajar SK Taman Selasih: 

1) JOHAN SENI KHAT SIBER (Perempuan)

    NUR IZZATUL HUMAIRA' BINTI NORSHAHARIZAL



2) JOHAN SENI KHAT SIBER (Lelaki)

    FAIQ WAFIY BIN AHMAD FIRDAUS



3) JOHAN e-HAFAZAN SEKOLAH RENDAH (Perempuan)

    AMNI MAISARAH BINTI ZAINAL ABIDIN



4) NAIB JOHAN e-TARANNUM SEKOLAH RENDAH (Perempuan)

    HANNA ZULFA BINTI ZULKIFLI



5) JOHAN e-TARANNUM SEKOLAH RENDAH (Lelaki)

    AKIFF RAYYAN BIN SHAHROUL



TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SK TAMAN SELASIH!


#buttons=(Accept) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top